Jika itu Milik Ku..
Sunday, August 12th, 2007Penghargaan itu satu harapan, biarpun bukan anugerah. Apa yang kita miliki sekarang, mungkin dari apa yang pernah dijejaki dulu. Apa yang diperolehi sekarang, mungkin dari apa yang pernah dirasai dulu. Untuk berhenti dan berpaling pada kenangan, menjadikan waktu dan impian dihadapan terlepas pandang. Mengapa masih berpaut pada kenangan, sedangkan impian boleh digapai…
Kita sering merenung detik berlalu, tanpa disedari ada detik yang membuat hati tersentuh. Detik tertinggal itu bukan dengan rela dilepaskan kerana di sana pernah wujud sesuatu yang indah. Detik itu pernah muncul satu kekuatan. Sometimes we never know what we got, until it arrives and leaves us.
Namun bila kita berpeluang menjejaki semula detik lalu, pasti ada impian yang tertangguh yang masih belum tertunai. Tak mungkin detik masa dapat mengembalikan semuanya. Jangan cuba melepaskan apa yang pernah digengam, jika itu membuat hati berduka, tapi belajar lah menerima dan menyimpannnya kerana ianya mutiara dari pengalaman hidup yang pernah dikutip. Kerana tidak semua yang kita kehendaki akan menjadi milik kita, tetapi belajarlah menerima apa yang dimiliki, biarpun bukan yang kita kehendaki…